Teori konspirasi dan rasa istimewa
Menaburkan fakta yang tepat pun tak mampu menyenangkan hati mereka dan menyenaraikan sebabnya tak mampu merendahkan ego mereka. Aku pernah menjadi peminat teori konspirasi ketika berada di universiti sewaktu diploma. Aku sangat mengikuti ceramah syeikh imran nazar hossein yang sangat benci kepada perbankan islam. Jadi dalam blog kali ini akan menyenaraikan sebab kenapa perasaan diri ini istimewa adalah punca menjadi minat kepada teori konspirasi (macam tak relate dgn intro je hahahha).
1. Flat earthers.
Dalam teori flat earthers, Matahari dan bulan mengelilingi bumi dan bagi mereka semua planet didunia ini adalah sfera tetapi hanya bumi sahaja yang rata. Ini membuktikan mereka boleh sahaja mempercayai fungsi graviti,pusat bumi dll. Cumanya, mereka rasa yang menjadi manusia ciptaan tuhan yang istimewa ini perlulah berbeza daripada planet yang lainnya. Bumi adalah pusat bagi segala2nya.
2. Freemason dan illuminati.
Kedua2 badan ini mempunyai sejarah dan fungsi yang berbeza2. Freemason lahir di eropah sewaktu kebebasan hak bekerja yang kemudiannya menjadi sebuah badan yang membincangkan hal2 falsafah dan pemikiran barat. Manakala illuminati wujud selepas penciptanya tidak bersetuju dengan ideologi freemanson. Tetapi kedua2nya telah dimanipulasi demi kepentingan agama seperti illuminati yg diciptakan oleh kaum yahudi yang ditentang kemudiannya oleh golongan anti-zionis. Fakta yang diberikan aku agak simple, tapi bila sampai kepada teori konspirasi dia jauh lebih complicated weyh dan macam "wow...". banyak nama dan tahun2 kau boleh hafal dalam badan2 ni. Boleh aku simpulkan yang storage data diorang lg power daripada aku. Tapi kenapa mereka tak boleh simpan fakta yg sbenar? sebab fakta yang sebenar agak boring dan tak membuatkan diri mereka istimewa.
Bila kita relatekan artis, orang2 kaya dan ahli politik dengan pertubuhan illuminati ianya membuatkan kita lebih senang dengan kedudukan kita sekarang sebagai seorang yang tak dapat peluang untuk ke kedudukan yang lebih tinggi. Orang miskin sentiasa merasakan orang kaya itu kaya bukanlah kerana usaha tetapi nasib semata2. Jadi amatlah mudah golongan sedemikian untuk melabel org2 hebat ini melalui jalan "rahsia" illuminati untuk jadi hebat.
Sama juga dengan rahsia MK Ultra, penciptaan covid-19 daripada kapitalis keluarga rothschild dan sebagainya. Untuk kau yang tak pernah menelan fakta tentang kelicikan freemanson memang mudah untuk kau rasa fakta ini mengarut. Tapi tidak pada mereka yang dah rasa diri mereka "sesuatu" dan segala apa impak yang ada disekelilingi mereka akan dituju dan dipersalahkan kepada freemanson. Analogi mudah, bila kita dah benci kerajaan atas sbb korupsi dan skandal duit atau sebagainya, kita mudah untuk dimanipulasikan dengan penipuan tentang kejahatan kerajan yang seterusnya walaupun fakta itu salah dan lansung tak tepat. Sebab kita tahu kedudukan asal kerajaan itu sebagai penjenayah jadi apa pun yang dilakukan mereka nampak salah.
3. Ilmu makrifat
Siapa je tak ingin rasa diri dicintai? dan apa cinta yang tertinggi ingin kita capai bila banyak kali dikecewakan oleh cinta2 dunia? Jawapannya adalah cinta kepada Tuhan. Cinta Allah adalah misteri. Kita tak pernah tahu dengan cara apa Allah membalas segala ibadat dan doa kita. Tapi Allah tahu itu yang terbaik buat kita sebab Allah maha penyayang dan pengasih. Jalan ini disebut tasawuf, akan tetapi jalan ini juga terlampau kompleks untuk dilalui dan perlukan amalan yang konsisten untuk dibuat.
Comments
Post a Comment