Perbezaan netizen facebook dan twitter

 So lately ada isu yang hangat tentang adik ain yang mendapat respond daripada netizen Malaysia. So aku ada terbuka twitter dan banyak kecaman keluar daripada pengguna2 twitter tentang netizen facebook yang seolah2 menyokong perbuatan "rape jokes". So sebagai netizen yang tak lari dari trending2 lagha ni, Sayaa nak bagi pendapat... tibeh.


Bukanlah pendapat tentang kes ain ni, cumanya pendapat aku tentang kedua-dua pengguna sosial media yang membentuk kepada pemikiran yang berbeza. Bagi aku mengutuk pemikiran orang dkt sosial media yg berbeza ni hanyalah "cerek yang mengutuk kehitaman periuk" je. Even benda ni berlaku kt kehidupan seharian, kelas A menyampah dengan kelas B, budak flat A rasa budak flat B pemikiran sempit blah3. Aku rasa noah hariri ada explain kot pasal ni yang manusia ni secara hakikinya memang ingin melindungi dan manjaga kaum dan kelompok yang mempunyai identiti yang sama dengannya. Cumanya aku agak tertanya2 adakah features dalam satu2 sosial media itu sendiri membentuk kepada ciri netizen dalam sosial media. 

Kalau tengok facebook, dia ada banyak features dan masih ada banyak negara yang masih gemar menggunakan kan fb berbanding twitter. Fb sendiri mempunyai ramai user berbanding twitter. which is mcm budak twitter cakap, the real number is on facebook. Naa girls, orang yg fb mmg ramai tapi bukan semuanya aktif. Berbanding twitter semua benda dalam dunia ni nak dihuraikannya dan everyone is actively discussing about that issues. Bercakap ttg features dkt facebook aku boleh katakan yg facebook adalah titik tamat kepada kebangkitan sosial media. Apa je aktiviti "sosial" yang ada dalam platform facebook dan masih belum dibuat? Dulu setakat message dan status update. Tapi disebabkan ada unsur popularity fb wujudkan page, lps tu ada org mcm minat yg sama dan nak explore benda sama, dia wujudkan group. Group pulak nak wujudkan gathering buat event scheduling, bila bosan ada game. Tp features ni bagi aku dipetik2 daripada orang lain dan just an improvise version for online chatting je.. MIRC dlu ada hashtag function(tak sama dgn twitter ya cuy) yg boleh bwk kau ke group berbeza dan sebagainya. Tutup buku lama, bila semua fungsi ni dah tak lagi releven dan orang mula muak, orang tertumpu pada satu benda sahaja. Trending issues. Iaitu satu function yang tak pernah facebook nak buat atau facebook tak mampu buat.

Tak silap aku twitter ni dulu tak ada word limit pun tapi aku pelik kenapa skrg tiba2 ada. Jadi, bila features yang limited ni wujud dekat twitter. Orang tak rasa benda ni releven, tulis kena pendek lepas tu tak ada apa2 benda menarik. Kelam je twitter ni. Sampailah bila sosial media ni dah mula sampai declining stage. New things come. iaitu Viral. Orang dah start agungkan beberapa orang dkt sosial media akan tetapi facebook ada isu dimana dia tak boleh being too "liberal" sngt. Ada sekatan dari sudut posting dan sbagainya untuk "social media influencer" ni. Ye lah mat, mak sedara & jiran2 pun bergaduh sbb kes dalam facebook ni. So memang nak tak nak fb kena block segala content yang terlampau bebas. Orang pun mula dah nak fokus kepada isu2 yang baru dan malas nak tunggu berita2 yg sampai dari syarikat penyampai berita itu sendiri. Jadi pengguna sosial media sendiri menjadi penyampai berita daripada menunggu dari page2 kapitalis yg belum tentu berita dia sahih ataupun tidak untuk menyampaikan isu2 trending yang baru. Kedua, orang dah mula muak dengan content yang panjang. Komputer yang besar gedabak jadi laptop dan skrg segalanya dah diacccess dalam telefon. Informasi semakin lama diakses dengan terhad, pendek dan ringkas. Generasi baru dh malas nak berbunga, mereka kurang sabar dan nak shortcut semampu boleh tanpa looking into the big picture. Dah kalau dibesarkan dgn jawab past year question untuk lulus SPM kan... So ni memang benefit kepada twitter yang postingnya pendek dan straight to the point. Ketiga, memang manusia ni suka seuatu yg baru. Benda ni tak boleh ubah. Lepas ni twiter pulak "tak releven" dan digantikan dgn platform yang baru.

Sembang lebat, sebenarnya aku  baru join twitter ni since awal PKP. So baru 2 tahun la. Sebelum ni aku hanya pakcik facebook yg typical yg anggap twitter tempat budak2 libhanat, buat lawak hambar dan penyampai info2 tak sahih dan tempat bergosip, which is semua tu salah kecuali bergosip. Maybe reference aku dr jokes 2 broke girls kot haha 


Bagi pendapat aku ada beberapa sebab kenapa pakcik2 facebook ni begitu sempit sampai jadi enabler kepada "rape jokes"

1) Orang facebook dah muak dengan trending. Ini disebabkan isu2 trending yang lama dkt facebook dipelopori oleh media2 fake news dan isu trending adalah benda "bodoh" bagi fb. Kau tgk la sape up masa fb naik, king coco, bobo dan seangkatan dengannya. Isu2 mcm ni pun wujud sebenarnya masa zaman diorang cumanya kebanyakannya fake news. Sebab tu diorang masih lg up kisah "cikgu yang dituduh anak murid" masa zaman diorang. secara positifnya, mereka dah malas nak beremosi dan matang dalam terima isu2 terkini.
2) Appearance Ain. Macam kita tahu fb ni dia agak anti-liberal dan elit sebab diorang dah muak dengan geng2 high class ni. So diorang anggap something fishy berkenaan appearance ain yg lagi2 diangkat oleh ahli politik berhaluan selain conservative.
3) Struggle yang berbeza. Mungkin mereka tak faham apa yang salah dalam lawak lucah sebab lawak lucah tak bagi apa2 makna pada diorang. diorang dah lalui fasa struggle untuk cari duit, jaga family yang juga memberi kesan yg sama kepada cikgu tersebut.
4) Tertinggal bas. Sebenarnya apa yg diorang cakap tu betul dan jauh lebih waras daripada budak2 twitter yang blatantly cancel cikgu ni sampai rasa dia tak de hak untuk mempertahankan diri.  So atas sebab ni ada user facebook yang jauh lebih waras dan bijak. Cumanya masih lagi yang tertinggal bas dan palatao tentang apa yg terjadi. dan supp korang screenshot comment dia. alahai..

--------------------------------------------------
Jadi ada kemusyikililan pada diri aku tentang adakah features dalam sosial media membentuk political ideology, cara berfikir dan status serta demografi sseorang? ataupun sebenarnya sosial media yang dibentuk untuk mencapai target marketing kepada golongan ini? 

Apa2 je la, tapi aku rasa aku boleh listkan tiga benda yg berbeza antara fb dan twitter

1) FB is more conservative, twitter is liberal.

aku rasa benda ni dah well explained oleh the patriots mengikut undian di page dan sebagainya. refer: https://www.thepatriots.asia/bangsar-bubble-realiti-di-twitterjaya/
 (ada balas tentang pemikiran sempit far conservative di FB tapi aku tak tahu reference dia)

Sebab tu facebook dia boleh tulis panjang2 tp senang kena banned dan twitter boleh tulis pendek je tapi bebas. That's how both poltical ideology survive kan?

2) FB is mars and twitter is venus

eceh John D. Gray gituw. FB mmg ramai pakcik2 hurny yg slalu cari perempuan dan komen benda2 kotor dkt page elizabeth tan. Tapi kita tak boleh tolak yg twitter jauh lagi teruk dari tu. Page2 "dark" dkt twitter lagi teruk, siap boleh share video terus dan budak2 dkt situ dah sampai meet antara satu sama lain. Cumanya disebabkan fb ni lebih ramai lelaki, pakcik2 ni tak mampu nak memnuhi kehendak dia. Bagi aku tentang budaya komuniti seks ni mudah, kalau ada prempuan yg onz, itulah portnya. FB ni ada ramai "aggresive men" sebab kepala hotak mereka tak mampu berfikir disaat D mereka tegang. Kalau duduk dikalangan lelaki2 simp, ini adalah ciri simp yang tak cukup ilmu. Mengikut pengalaman aku, kalau satu2 platform dkt internet ni tak laku, confirm dipenuhi dgn lelaki2 mcm ni.

Satu lagi aku nak sentuh, aku ada baca status fb dr seorang twitfemes tentang punchline bdk fb yg;

"berita ni mampu menurunkan harga minyak ke?"
"kalau saya hadam benda ni mampu menaikkan IQ saya tak?"
"Kerajaan akan berubah ke kalau perkara ini berlaku"

bagi depa, golongan macam ni adalah golongan acah2 bijak. Kenapa tak pergi terus dkt tempat yg lebih berilmiah?

Satu benda yg hampa tak faham kedua2 jantina ada cara tersendiri untuk dapatkan attention. Kalau dekat twitter spill the tea yg penuh dusta dan sharing fake news tu adalah cara shortcut untuk jd femes. bagi lelaki, copy paste punchline adalah benda paling mudah untuk dapat attention. DAN KAMI SUPPORT PUNCHLINE HAMBAR MASING2. sama mcm hampa jgk dkt twitter. Kadang2 sharing about marriage and relationship tu cringe bagi laki but it is meaning a lot for women. So bagi aku ini adalah isu kehendak jantina yg berbeza. Sama jugak dengan bila ada satu2 isu berlaku lelaki2 dgn fb akan kata:
"oh tak nak kena sexual abuse, tutup aurat"
"Kalau depression maknanya tak ckup iman"

Ni adalah mere solution yang bercakap tanpa melihat kepada masalah. Itulah pendeknya akal lelaki. berbanding dengan twitter dari dulu kini dan sekarang bercakap tentang masalah sebab itulah lumrahnya perempuan, Bila kita katakan "tunggu kes selesai" untuk kes ain, mereka tak senang duduk sebab bagi mereka itu bukan penyelesaian kepada "masalah". "masalah" yang perlu dilihat bukan solusi sebab masalah yang membawa kepada lebih banyak ancaman.

3) Twitter is asking for freedom of speech while facebook had the freedom of speech.

Dekat facebook kau boleh cakap apa saja kau nak, Bumi ni rata, vaksin ni ada mp3 bluetooth, Aku adalah tuhan yang maha esa (geng lepat), melayu ni pendatang, Dajjal ni dari kok diang dan macam2 lagi. Meanwhile, twitter is only discussed everything that has been accepted by their circle of group. LGBT, k-pop bias, freedom of criticisize agong and non-bumi rights. BUT. if anyone is speak against that idea, just wait for yourself to be cancelled. Macam gampang. Cumanya freedom of speech FB pun ada had dia. Nanti jukebek banned jgk kalau ada yg bagi dana lagi banyak. Lagi satu, idea ni selalu dibangunkan oleh anak2 muda yg berdarah panas je, Ye la kita anak muda kan selalu rasa tak didengari. 
--------------------------

So sebenarnya korang gaduh2 ni buang masa je. Kalau korang rasa pakcik fb ni kolot. Tunggu masa je la kawan2 korang pulak pnya turn untuk tnjuk true colour yg still tersekat dgn benda2 kotor kt twitter tu tapi korang tak tahu. Sampai satu masa twitter ni tempat share gambar anak masing2 jgk dan time tu korang dah malas dah nak ambik port ttg benda2 trending yg generasi baru buat. Time tu la satu benda je korang kena stop iaitu jangan ambik tahu dan palatao. 

Bye. nak tidur.

Comments