Tulis Semula : Islam dan sosialisme

 


Buku ni ada 3 part, pedahuluan, islam dan sosialisme dan kritikan keatas Dr Mahathir. Aku rasa mcm kena scam pun ada sbb part islam dan sosialisme cuma ada dalam lebih kurang 30 page.. 60+ lebih kepada pendapat penulis ttg "anti-sosialisme" dan part ketiga adalah kritikan terhadap mahathir yang mengkritik idea penulis ttg sosialisme which is macam sama je dgn pendahuluan. Buku paling ringan aku baca tahun ni, antara lain  buku Za'ba pun agak ringan dan chill untuk aku baca. Maybe aku pilih salah buku untuk kenal Syed Hussein Alatas sebagai permulaan sebab buku ni mcm nak defend diri sendiri je. Expectation aku terhadap buku Za'ba pun sama. Aku tak rasa mengutuk perangai "malas" melayu tu releven lagi sekarang.

Buku Za'ba yang aku baca tahun ni.

 buku ni start dgn kata pengantar yang aku rasa jauh lg syok dr keseluruhan buku ni daripada syed farid al atas. Dia mencaritakan ttg idea sosialisme secara besaryang dibawa oleh marx dan juga daripada tjokroaminoto. Perjuangan marx adalah lebih kepada hak buruh dan ekploitasi pemilik modal. 

Part pertama dalam buku ni menceritakan ttg bagaimana sosialisme ni dah lama wujud dalam islam diperjuabgkan oleh pak joho, syed jamaluddin dll. Ia mengkritik org yang megatakan sosialisme ini hakikatnya pemahaman tidak bertuhan walhal kapitalisme pun menghadapi masalah yang sama. Jadi kita boleh menyesuaikan sosialisme dan islam serta penulis mencirikan 10 ciri2 sosialisme yang tak berlawanan dgn suruhan nabi, DANNN PAPP.. kutuk statement PAS yg cakap sosialisme ni kafir. Sebagai balas, penulis samakan bidang2 lain yg diterokai ilmuwan islam mcm falsafah dan alkemi tp still tak melanggar suruhan islam. aku tak interested sngt nak tau bab ni.Ada 3 pendapat daripada Iqbal, Asad dan Abul hasan Nadvi yang menolak sosialisme. Muhamad asad kata barat adalah racun bg umat islam,  barat cenderung kearah seks bebas dan materialisme which is sebebarnya mereka ada juga agama dan bkn perpegang sngt dgn materialisme sngt pun(even org islam ingt materialisme tu sndiri berkenaan dgn harta dunia pdhl bukan, ianya adalah persoalan tentang "matter" dunia yg sebenar). Asad ni tambah lagi yg kita hanya perlu follow ilmu sains dan teknologi. Tanpa kita sedar benda ni tak patut, sebab kaedah dan sejarah mencapat ilmu teknologi sendiri berkait rapat dgn fahaman2 falsafah barat. Seks bebas ni pulak bkn ada di barat saja, dah nama pun seks, kat mana2 pun ada. Ada lg sorang mamat yg penulis ni menyirap adalah maududi, mamat ni kata tamadun barat ibarat pokok yg beracun, bunga penuh duri, udaranya membawa maut.  Benda ni mmg jumud la, kita nak lawan musuh kena jgk tahu cara musuh, dunia barat sndiri pernah ciduk ilmu dari tamadun islam dan tamadun islam kini ciduk ajaran barat. Apa masalahnya?

Bahagian kedua baru penulis tulis tentang islam dan sosialisme, pendahuluan lebih separuh buku beb. Dalam beb ni penulis highlight yg masyarakat diidamkan oleh Nabi adalah tidak terdapat kemiskinan sehinggakan org pergi kemana2 nak bg sedekah (hadis bukhari) dan kemudiannya bercerita ttg pak joko. Aku rasa agak menarik kalau aku baca buku pak joko plk lps baca buku ni sbb dia jst brief idea pak joko sahaja dalam bab 2. 

Erm part ketiga adalah kritikan mahathir. Mahathir sebagai seorang neolib of course tak setuju psl idea sosialisme. Dia kata yg rakyat perlu percayakan pemimpin dan ada part yg kata ianya perlu untuk melawan komunis. pdhl apa yg mahathir perlu bg adalah hak kepada rakyat dan jatuhkan pemimpin2 yg korup untuk beri kepercayaan kepada rakyat.

All in all, aku rasa idea sosialisme ni dah karat dan hanya popular pada tahun 80-an. Ideologi juga adalah perjuangan kalau kita pumpam2 kutuk kapitalisme pun tiada gunanya kalau kapitalisme lebih releven untuk tempoh masa sesebuah generasi. Mana kita tahu yg kata nabi bahawa satu hari nanti org tidak boleh bersedekah itu lahir daripada sosialisme? Mngkin juga dia lahir daripada ideologi yang lain. Wallahualam.

**Nanti aku edit balik benda ni. banyak yang tak complete.

Comments