Tiga tahap ilmu

 Tiga tahap ilmu

p/s: aku tak menganuti dan berpegang teguh dengan apa yang ditulis ini, sekadar perkongsian sahaja. Jangan risau. Hanya ulasan buku semata2.

--------------------------------------

Pernah ada satu cerita dahulu tentang Datuk Bahaman yang memasak air tanpa api dan syeikh abdul kadir memakan ayam dan menghidupkan ayam tersebut. Selain itu, ada juga cerita Tok Kenali yang berbuka puasa di 6 tempat pada waktu yang sama dan Tok Ku Paloh menjadikan air laut disekelilingnya menjadi air sirap.

Jadi ilmu itu terbahagi kepada tiga;

1) Ilmu Qalam

Ilmu yang ada pada zaman moden ini yang boleh dikuasai oleh mana2 manusia termasuk kafir,kufur dan murtad. Ilmu ini berdasarkan kajian dan pemikiran semata. Katanya, ilmu ini dahulunya terkenal dikalangan sarjana2 islam kerana mereka tak hanya berpegang kepada ilmu ini semata tp juga bergantung pada ilmu ghaib dan syahadah.

2) Ilmu Ghaib

Ilmu ghaib adalah ilmu yang tak mampu difikirkan oleh manusia yang hanya diajar oleh manusia yang terpilih sahaja. Ianya meliputi alam khabir dan soghir

3)Ilmu Syahadah

Tingkatan Ilmu yang paling tinggi bila katanya2 bukan lagi daripadanya lagi.

Ilmu ini yang sering diajar oleh umat2 manusia pada zaman Nabi Sulaiman a.s. sehingga manusia boleh bercakap dengan bukan bangsa manusia atau teknologi mentafsir mimpi oleh manusia ketika zaman Nabi Yusuf. Ilmu ini terkubur kerana ahlinya sendiri dan juga tentangan dari ahli syariat.

Ulasan Buku : Hakikat Insan - Haji Ahmad Laksama (Bab 1 sahaja sebab kandungan buku ini penuh kontrovensi dan ada yang tak mampu difahami tanpa berguru)
-----------------------------------------------------
Ilmu mengenal diri ini bukan secawan teh aku,  cumanya aku menghormati ilmu mereka dan juga menghormati pakar2 usuluddin dalam melawan beberapa ilmu yg sesat ini. Dalam mendalami pembacaan seperti ini membuatkan aku tak skeptikal tentang kenapa ajaran2 sesat di Malaysia mampu menarik minat ramai orang termasuk dari mereka yang berpendidikan tinggi. Wallahualam.

p/s 2.0 : Aku tak pakai gelang, tak isap gudang garam, rambut tak hippies, tak bawak kerambit kemana2. Cuma bawa buku dalam beg setiap kali pergi dan balik kerja shj.

Comments