Kejam untuk menyalahkan pensyarah

 Hahahahhaa. Selepas lama tak tulis blog aku kembali merungkai isu2 hangat sosial media tentang masalah pekerjaan. Isu2nya:


1) 70% pelajar tak mahu sambung belajar

2) Fresh graduate tak ada kerja.

3) Orang muda tak nak kerja cikai

3) Gen Z employee vs. Boomber employer

Tapi apa kena mengena dengan pensyarah? Melihat tentang beberapa reaksi dari orang ramai, aku nampak ramai yang menyalahkan Universiti yang tidak mengeluarkan pelajar-pelajar yang industry "ready-made". Aku percaya hal ini terjadi disebabkan strategik universiti sendiri dalam melakukan course planning yang berkesan dan pengenalan kepada industri kepada pelajar. Namun, bagi aku perkara ini sangatlah outdated untuk dilakukan. Kenapa? kita bincangkan isu pertama.

Isu 1: Ramai memberi respon yang negatif kepada pilihan pelajar masa kini. Namun kita perlu melihat daripada sudut yang positif. Sebelum itu, aku ingin tegaskan bahawa aku tak mahu huraikan lebih lanjut kenapa ianya terjadi kerana ianya bergantung kepada research paper tersebut. "70% pelajar universiti tak mahu sambung belajar" adalah cebisan daripada conclusion research paper je. Scope of research dia apa? siapa sample dia? apa objektif research dia? Sebab kalau bagi statement macam tu sangat2lah tak jelas. Tu pun millenial yang bagi pendapat dan bukan Gen Z pun, diorang diam je sambil main roblox. Disebabkan itu ramai beri respon negatif seperti:

1) budak sekarang nak jadi content creator, gaming streamer.

2) PKP menyebabkan budak tak nak pergi sekolah.

3) Budak sekarang tak minat ilmu.

4) kakak2 abang2 sendiri struggle ptptn

Aku percaya semua ni datang dari sentiment orang dewasa semata2. Ye la, sekarang budak2 pun malas pergi sekolah(reaksi cikgu), lambakan anak2 yg nk jd streamer (keluarga) dan PKP(pendapat masyarakat). Namun boleh jadi juga atas faktor lain seperti masalah mental, tekanan keluarga dimana mak ayah sendiri tak bagi masuk universiti, sudah ada pekerjaan yang stabil dan sebagainya. Aku sendiri pun start e-bay dari form 2 dan assist event management company bapak aku dan jadi badut since form 3. Agak2nya budak sekarang apa benda gila yang diorang dah buat. NFT, Trading, digital marketing, coding and freelance semua dihujung jari. Untung mat budak zaman sekarang, masa 2011 aku google "how to make money" semua scam MLM dan pay per click je. 

So, wajar la budak2 sekarang lebih berminat kepada content creator dan jadi streamer. Entah2 diorang dah ada knowledge dalam benda tu. Jadi apa tugas kita? memperkenalkan industry lain kepada mereka. Bercakap tentang trading, aku percaya majoriti diorang ni terlalu memandang kepada forex berbanding dengan istrumen lain. Untuk memberi penganalan industry kepada pelajar universiti adalah sangat2 outdated. Jadi perlulah industri kewangan sendiri yang datang kepada mereka. Bahkan benda ni dah dibuat oleh geng2 ThePatriots dibawah projek AVAS dlu. Perkara ini perlu bermula daripada sekolah lagi sebenarnya, mana langkah yang perlu diorang pergi jika mereka dah ada knowledge dalam blockchain? digital marketing? kalau diorang boleh made income in real life, apakah value yang diorang dapat bila masuk universiti? 

Memandang daripada sudut positif, aku lebih suka budak2 sekolah sekarang mempersoalkan keperluan memasuki universiti daripada masuk universiti tanpa usul periksa. Sebab target yang kerajaan BN dibawah Najib Razak dulu cadangkan untuk melihat 60% rakyat Malaysia berkelulusan dengan Sarjana Muda. Jadi masalah pengangguran dikalangan fresh graduate ni boleh la kita salahkan najib juga sebab ni semua planning dia menambahkan supply. Ramai yang tak tahu untuk mendapatkan sarjana muda/sarjana bukan sahaja daripada matrik dan juga diploma tetapi daripada pengalaman industri, sijil kemahiran, STPM dan banyak lagi. Bercakap tentang pengalaman industri. Berapa banyak majikan yang berani ambik pelajar SPM dalam jawatan koporat?

Sebagai student Master, pensyarah aku semua orang2 hebat dalam industri. Bukan yang ADA PENGALAMAN industri, tetapi masih aktif didalam industri mengisi jawatan2 penting dalam insititusi kewangan. Mereka juga yang mengajar subjek asas sewaktu awal dahulu seperti asas muamalat, usul fiqh dan tauhid walaupun ilmu mereka jauh lebih tinggi dan sepatutnya tidak layak untuk mengajar perkara seasas begitu. Tapi apa yang aku nak highlight adalah, walaupun mereka ada pengalaman industri, mereka tetap perlu ikut kepada syllabus(aku ambik coursework) dan kelas tetap tak function kalau tak ada orang industri. Kalau tak ada orang industri, kelas tetap rancak cumanya tak se"heavy" bila orang industri masuk gelangang. Bila aku kenang balik zaman diploma dan degree, aku boleh kelaskan pensyarah ini menjadi tiga kelompok:

1) Pensyarah industri.

Apa yang orang tak sedar, sebenarnya ramai pensyarah universiti ada pengalaman industri. Bukan sekadar "ini adalah sekian2 teori, itu sahaja kelas pada hari ini" macam brader ML studio dibawah cakap. Dari pengalaman degree aku, ada pensyarah yang banyak cerita pengalaman dalam banking industri dan gosip2 cumanya in managerial/executive level je la. Kalau pensyarah master gosip industri dia lagi hardcore. Kdang2 diorang akan ambil cerita2 yang famous bukan dari industri kewangan tentang warren buffet, scammer 1 sen dan banyak lagi. Ada juga lecturer aku yang dah terlampau tua dan menceritakan pengalaman industri kewangan pada era 80-90 an dulu. Antara pensyarah muda yang aku kenal waktu diploma dulu adalah Sir Faizal yang aku rasa umur dia dalam lingkungan 24-27 tahun saja. Tapi bila ditanya rupanya dia ada pengalaman sebagai Marketing Executive di sebuah bank dan beberapa pengalaman kerja yang lain yang aku tak dapat recap sebab ye la diploma kot. Kau tahu apa je. Dalam bahasa yang simple, dia ni bkn calang2 manusia juga. Cumanya mereka tak dapat menceritakan lebih lanjut tentang industri sebab pelajar sendiri yang tak faham.



2) Pensyarah Akademik

Pensyarah akademik selalunya tak ada banyak pengalaman industri. Kalau ada pun bukan kebanyakan masa dalam kehidupan hidup dia berada dalam industri. Memang pensyarah macam ni ada juga syok sendiri tapi tak boleh kita tolak bahawa pensyarah2 begini juga banyak memberi pengorbanan dengan submit research paper untuk bantu industri. Apakah kita perlu bersandarkan kepada industri semata2 tanpa penyelidik? Punca kepada banyaknya peluang pekerjaan dibahagian operasi adalah disebabkan low-value indusri dimana kurangnya penyelidikan terhadap masalah masa kini. Ya, company sendiri ada R&D department, tapi tetap kita perlukan penyelidikan untuk syarikat2 yang tak ada R&D. Jadi, kualiti research paper yang perlu kita lihat tetapi aku tak nak sentuh banyak sebab aku tak arif bab tu. Tapi point aku adalah mereka juga selayaknya untuk menjadi seorang pensyarah.

3) Pensyarah tanpa pengalaman industri dan akademik

Sebagaimana syarikat lain, ada juga pensyarah cable yang kau sendiri boleh tahu dia ni cable. Tapi buat masa ni aku tak nampak la ramai sangat pensyarah melalui cara ni. Tapi pensyarah yang tak ada kedua2nya kebanyakannya ada juga buat research tapi tak banyak ataupun mereka baru sahaja melangkah sebagai seorang pengajar ataupun bekerja sebagai pensyarah kontrak. Cuma mereka mengajar subjek2 asas sahaja dan bukan core subject. jadi kejamlah kalau kita katakan yang mereka ini tak layak untuk mengajar? lagi2 bila mereka masih lagi muda dan perlukan pengalaman sebagai seorang pendidik.

Bercakap tentang syllabus pun, aku grad degree 2019 dan kakak aku 2017. banyak subjek yang aku belajar masa diploma dan degree tidak dipelajari oleh kakak aku. Bahkan lepas aku keluar, Junior satu sem aku belajar banyak subjek baru seperti digital business, philosophy, pengunaan komputer dan banyak lagi yang aku tak sempat nak ingat. Bermakna syllabus di universiti pun berubah2 mengikut kehendak semasa termasuk kehendak industri.

--------------------------------------------

Jadi apa silapnya pelajar universiti tak dapat kerja? Supply yang tinggi? ya betul, tapi ia juga perlu lihat bagaimana kita nak naikkan demand. Lambakan kerja dibahagian operasi adalah akibat dari kebergantungan kepada pekerja buruh tidak mahir dari luar negara. Jadi perlu lebih banyak usaha untuk naikkan value industri. ok la nanti sambung, nak tidur


Comments