Diari: Buku sebagai penutup telinga dan acah macho


First time aku baca buku masa tu masa diploma. Aku bukan jenis minat sangat terhadap ilmu dan tak pernah rasa aku berhak pun untuk mengetahui banyak ilmu sebab dulu masa sekolah pernah rasa terperangkap dengan kata2 manusia yg bahawa aku tak boleh pergi jauh. Tapi tu cerita lama. Masa tu aku boleh cakap aku sedikit "culture shock" dalam membaca buku. Masa diploma, aku akan baca buku dekat satu sudut yang yang ada tembok yang aku boleh duduk kat atas dia di satu ruang berdekatan tangga di kolej aku supaya aku dapat baca dengan tenang sambil dapat tengok pokok. dekat tepi ada awek2 lalu lalang nak pergi ke kolej mereka. Benda ni berlarutan sampai aku degree bila satu tahap aku berjalan sambil baca buku. Acah2 kakashi siot. Kemudian bila masuk alam pekerjaan aku baca buku dalam train masa aku pergi kerja waktu TNB dlu, train memang akan penuh, dan aku cuba semampu mungkin untuk pegang buku aku.

Bagi aku itu semua hipokrit semata2. Ya, memang aku rasa asyik dan teruja baca benda2 yang aku tak tahu. Maybe sebab apa yang aku baca hanyakah introduction kepada subjek2 baru yang aku terokai. Macam diploma dulu aku baru kenal psychology and self help dan bagaimana aku hidup dengan cara yang salah. Kemudian degree, aku start explore philosophy dsbg. Alam pekerjaan aku going deep into philosophy lagi. Tapi tipu kalau aku kata semua boleh hadam. Hanya introduction part sahaja yang aku boleh telan. Bila masuk kepada bab yang lebih mendalam dan perlukan fokus yg lebih aku baca dalam keadaan terpaksa.

Aku start rasa aku menipu diri sendiri ni bila dah start kerja sekarang. Dimana aku baru sedar yang membaca dalam keadaan tergesa2 tak mampu memberi pemahaman yang sebenar. Kecuali kalau aku baca buku yang ringan ataupun novel. Buat masa sekarang aku masih lagi baca buku dalam train sebab aku dah tetapkan masa pergi dan balik kerja adalah masa untuk aku membaca. Tapi hanya bila aku dapat space dalam train yang aku rasa selesa. Kalau sesak aku prefer untuk enjoy the time dalam train tengok orang, berfikir dan chill. Kalau aku rasa terbeban aku akan tutup mata.

Cakap tentang productivity. Aku rasa segalanya dah serabut skrg. Weekend ada kelas. Isnin- Jumaat aku penat jalan kaki pergi dan balik kerja. Sejujurnya aku tak dapat fokus pada apa yang aku buat sekarang. Berat badan sebagai punca tu obviously la. Aku rasa down jugak kadang2 tak dapat submit assignment on time. Padahal antara classmate aku, aku sorang je banyak free time dan masih lagi bujang. Masa kerja banyak main phone dan balik kerja still layan video2 melekakan macam live streaming gamers dan video2 tiktok(bkn gelek2) yg msuk dalam youtube dsbg. Lagi2 sekarang aku dah mula addicted dgn twitter.

Untuk aku kembali cari free time diluar waktu kerja, belajar dan perjalanan nak ke tempat kerja memang dah di isi dengan perkara2 leka dkt dalam telefon. Sebab tu aku spent time dalam train untuk baca, tapi tak ada lah benda tu masih lagi tak menganggu pembacaan aku sebab perjalanan train aku pun nak dekat sejam(lrt) dan setengah jam(MRT). Dan aku sendiri mempunyai kesukaran untuk membaca seorang diri dah sekarang. Jadi membaca dalam train tu tak menganggu sangat pun pembacaan aku sejak aku amalkan perangai pura2 membaca dikhalayak ramai.

Lesson ni datang secara natural, orang2 sekeliling aku tak ada pun sampai over tidur dengan buku apa semua. Mereka membaca bila sesuai waktunya, tak perlu pun heboh satu dunia yang kau ni baca buku. Cumanya aku agak kecewa dengan free time yang aku tak dapat isi dengan membaca macam dulu lagi. Kadang2 susah nak reward diri dengan membaca. Tak tahu kenapa video2 lagha FattahZie, Soloz, Isa Isarb dan seangkatan dengannya dah masuk kedalam "space of nothing" aku. Analogi dia macam kau tengah belajar dalam kelas. tiba2 ada pakcik cleaner sapu sampah luar kelas dan kau asyik dan tenang tengok pakcik tu sapu sampah berbanding ilmu yang cikgu belajar di kelas. Maaf kalau analogi agak sedikit merepek. Tapi itu apa yang aku rasa sekarang.

Untuk menguatkan hujah yang bahawa aku adalah seorang pembenci perkara lagha gitew. Aku pernah menyalahkan career path aku semasa dan selepas intern yang failed membuatkan aku hilang fokus. Ye la, masa belajar dlu pernah merasa dekan. Dia ada rasa diri tu perlu untuk mencari ilmu since aku dikelilingi dengan orang yang tak fokus dengan buku dan aku ni budak2 kejar cgpa gitew. mestilah baca buku. Tapi sekarang bila masuk alam pekerjaan dan kebergantungan terhadap pentingnya mencari ilmu itu tak ada. Plus, aku sekarang dah agak serabut untuk fokus yang mana dulu. Falsafah, sejarah ataupun aku perlu fokus pada kos yg aku ambik sekarang which is islamic finance. Sayanglah ambik master tapi kau tak "master" pun dalam apa yg kau belajar. Bukan ramai pun yg nak further study. Jadi sejak intern aku dah start kenal pubg(sbb colleague dgn internmate ajak, jangan tanya diorang ada kerja ke tak, Government kot?) and then masa protege pun ada bnyk free time. Bukan tak nak baca buku, tapi as a new employee takkan la kau nak tiba2 baca buku(walaupun aku ada jgk baca buku dulu). Mesti ikut busy sama macam orang lain, tapi bila kau tak mampu nak isi masa busy tu, apa lagi layan phone la dan tengok benda2 lagha sbb tu je benda yang orang tak nampak. Bukan tak nak tngok tutorial excel dan career tips. Tapi entahlah, ego kot? k la dah lewat ni.

Sekian, luahan perasaan. Ok nak smbung buat thesis.

Comments