Wang dan Penghormatan
Tak boleh disangkal ketidak adilan paling besar dunia adalah wang. Ilmu, pangkat, cinta, kekuasaan dan segalanya akan mudah didapati dengan wang. Bahkan ada yang kata wang adalah kebahagiaan dan wang sendiri adalah kayu ukur paling mudah untuk mendifinisikan erti "kejayaan".
Jadi tak peliklah kalau ada kes budak yang baru jadi jutawan menunjuk kekayaannya dan menjadikan kekayaanya sebagai simbol kejayaan. Bukankah itu adalah suara-suara yang juga mengatakan "Wang adalah segalanya", "Wang adalah kebahgiaan", "Ilmu adalah jalan mudah mendapatkan Wang". Apa yang salah dalam statement budak ni kalau dia mampu melalui jalan sendiri untuk mencapai erti kejayaan? Kita adalah hiporkrit jika kita tak pernah teringin hidup didalam badan budak ni. Universiti sendiri menjadi mangsa kapitalis, ilmu itu sendiri rosak kerana motifnya untuk wang semata-mata.
Namun ada hakikat yang lebih menyedihkan buat masa kini iaitu wang dan penghormatan. Jika kau menggunakan wang untuk mendapatkan ilmu belum tentu kau dapat hadam ilmu tersebut, jika kau beli cinta dengan wang belum tentu pasangan kau mendapat kepuasan cinta yang sebenarnya. Jika kau menggunakan wang untuk nama dan populariti belum tentu orang betul2 ingin mengangkat engkau.
Dalam penulisan ini aku nak ambil satu dari tiga contoh diatas iaitu hubungan percintaan. Motif cinta adalah luas kalau kita nak bahaskan dan ianya adalah subjektif mengikut sisi pandang manusia. Cinta yang sebenar cinta apentah lagi; tapi bukan semua manusia tahu. Kelompok yang tak mengenal cinta inilah yang mengikuti hawa nafsu amarah semata. Atas sebab itu wujudnya pelacuran kerana servis seks itu sendiri adalah untuk memenuhi demand terhadap manusia yang tak mampu mengawal nafsu. Atas sebab ini, pelacur itu sendiri menjadi komoditi kepada manusia bila hawa nafsu semakin tak terkawal. Seperti harga pelacur yang mengikut bangsa dan rupa, penjualan servis seks wanita yang masih dara dan sehinggalah ke isu onlyfans dsbg.
Sampailah kita bawa kepada satu peralihan yang baru iaitu servis sugar baby. AHA ini je tujuan kenapa aku nak tulis benda ni HUHUHU. Okay isunya trending syarikat bodoh ni dengan bangganya keluar ranking ni pada negara yang conservative macam Malaysia dan akhirnya ditangkap. Hebatnya perjuangan kau dengan liberalisme ni, Terharu John Locke. Jadi apa masalah dengan servis sugar baby ni? Ada je sugar daddy yang ajak date tapi tak nak buat seks, wife tahu sugar daddy bela sugar baby, build work/business networking untuk sugar baby siap tunjuk ajar working skills lagi. Paling gila siap ada sugar daddy yang singgah sebentar di masjid untuk solat maghrib dan suruh sugar baby solat sekali. Masyallah, ternyata menjadi sugar daddy ini juga adalah jalan dakwah. Banyak la kau.
Ada article yang aku ada baca depa labelkan satu golongan mamat ni dipanggil salt daddy. Aku tak berapa clear sngt definisi dia sebab ada banyak jgk forum memberi makna yang berbeza tapi apa aku boleh kata diorang ni sengkek dan nak seks. Tapi bagaimana pula kalau dia kaya dan nak seks? adakah golongan sugar baby ni cuba menyucikan aktiviti gila seks diorang ni semata2 kerana mamat tu kaya? Sebab tu ada jgk forum kata gila seks tu sendiri definisi salt daddy. Dikalangan sugar baby diorang cuba nak elak dari mamat yang gila seks(salt daddy) sebab obviously lelaki horny = lelaki tak produktif = lelaki yang tak kaya. Lebih kurang macam tu la diorang cakap. ppjl tak penting pon.
Jadi apa yang sugar baby ni sediakan sebenarnya adalah servis cinta dan juga seks. Zina/seks seperti kita tahu ianya adalah salah dari sudut agama dan juga moral sebab merendahkan harga seorang wanita. Tapi ianya masih tak melibatkan kesalahan orang sekeliling. Bermakna, penderitaan semata2 kepada pelacur tersebut. Berikutnya servis cinta, ianya mungkin belum wujud di Malaysia tetapi normal di negara2 timur sebagai contoh girlfriend rental. Di jepun, girlfriend rental adalah salah satu cara untuk membantu lelaki2 jepun terutama sekali introvert yang terperangkap dalam kehidupan yang tak mampu berinteraksi dengan wanita. Syarat yang dikenakan ketat, tak boleh bawa ke tempat gelap, tak boleh bersentuhan dan mengetahui informasi peribadi wanita tersebut. Ada juga servis yg aku lupa negara mana girlfriend yang semata2 untuk show off dekat family/kawan yang kau dah ada girlfriend. Kita tutup soal servis cinta disini sebab nanti aku akan sambung semula dibawah.
Jadi permasalahan dengan servis sugar baby ini adalah dia mengabungkan satu sisi gelap dunia yang terpaksa kita lakukan semata-mata ingin memenuhi kehendak lelaki durjana iaitu servis seks. juga, servis cinta yang kita lakukan kerana lelaki tak mampu menerima cinta daripada perempuan kerana kemahiran dalam berinteraksi dengan wanita itu boleh dibayar dengan wang. Nak mendapat cinta wanita bukannya mudah. Kahwin kena bagi hantaran, nak melayan karenah isteri lagi (kalau ada anak lagilah pening) dan nak melindungi mereka lagi. Jadi pahit-manis rumah tangga tu boleh di"skip" pahitnya kalau ada satu escapism yang boleh kita bayar dengan duit. Atas sebab ini, sugar baby masih lagi sama dengan pelacur kerana dimata lelaki yang menempah servis mereka masih lagi sama seperti komoditi.
Dah stop, tu je psl isu sugar daddy.
So servis seks dan seks dan cinta sudah aku sentuh. Sekarang aku nak pergi kepada servis cinta.
Cinta adalah pengorbanan, kerelaan dan tunduk atas apa yang kita cintakan. Jadi mustahil untuk kita bayar cinta kerana "medium of exchange" itu sendiri berbeza. Cuma, kita hanya boleh bayar dengan menggunakan wang untuk "skip" perkara2 tersebut dan cinta yang kita dapat adalah palsu dan kepura-puraan. Bermakna kita bayar duit untuk dapatkan apa? Penghormatan. Hanya dengan wang sahaja kita mampu membayar wanita yang gelak kat punchline hambar kita, senyum setiap kali tgk kita setuju dengan kata2 kita untuk tinggikan lagi ego kita. Sebenarnya tanpa kita sedar kita boleh je hormat siapa2 disekeliling kita kalau kita menggunakan wang. Lelaki pun sama, dekat jepun juga ada servis lelaki yang mendengar lauahan hati perempuan sampai menangis. Adakah orang yang menjalankan servis ini dikira murah dan hina seperti mana aku sebut ianya ibarat "komoditi" sebelum ini? Berat sekali, kerana profesion mereka baik tetapi tetap mereka melakukan servis secara palsu dan tidak jujur. Aku masih belum ada jawapan terhadap ini.
Sebagaimana aku nyatakan ilmu, cinta, gelaran tak significant dengan wang. Penghormatan pun juga begitu. Ianya adalah benda pahit yang perlu kita telan. Ahli politik yang korup, tak mengikut perintah agama dan tidak berakhlak. Tetapi disebabkan pemerintahanya baik dan mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat yang berbentuk materialistik terpaksa kita pilih sebab itu yang terbaik untuk semua. Walaupun ada pemimpin yang beragama tetapi tak mampu memberi nilai materialistik dia tetap bukan seorang pemimpin yang baik. Sama juga kau yang naik motor ex5 walaupun cari rezeki pergi pagi pulang pagi tetap tak dapat halalkan wanita yang lari bersama lelaki honda. Begitu juga eropah yang beratus tahun berperang akhirnya sign ECSC treaty yang bercorak materialistik untuk menyatukan negara eropah dibawah EU. dan..... benda tu tak salah pun kan?
Mungkin ada banyak yang perlu aku belajar tentang wang dan penghormatan. Tiba2 benda ni berlegar dikepala aku malam ni. Adakah penghormatan juga adalah komoditi? Mungkin juga ada tokoh sejarah yang kita hormat atas dasar wang? Aku tulis dan aku sendiri tak tahu. Aku rasa mcm highlight lebih kepada sugarbook je kt sini. Hmm. dah la nak tidur.

Comments
Post a Comment