Wang dan Penghormatan
Tak boleh disangkal ketidak adilan paling besar dunia adalah wang. Ilmu, pangkat, cinta, kekuasaan dan segalanya akan mudah didapati dengan wang. Bahkan ada yang kata wang adalah kebahagiaan dan wang sendiri adalah kayu ukur paling mudah untuk mendifinisikan erti "kejayaan". Jadi tak peliklah kalau ada kes budak yang baru jadi jutawan menunjuk kekayaannya dan menjadikan kekayaanya sebagai simbol kejayaan. Bukankah itu adalah suara-suara yang juga mengatakan "Wang adalah segalanya", "Wang adalah kebahgiaan", "Ilmu adalah jalan mudah mendapatkan Wang". Apa yang salah dalam statement budak ni kalau dia mampu melalui jalan sendiri untuk mencapai erti kejayaan? Kita adalah hiporkrit jika kita tak pernah teringin hidup didalam badan budak ni. Universiti sendiri menjadi mangsa kapitalis, ilmu itu sendiri rosak kerana motifnya untuk wang semata-mata. Namun ada hakikat yang lebih menyedihkan buat masa kini iaitu wang dan penghormatan. Jika kau menggunak...