Posts

Showing posts from January, 2021

Tiga tahap ilmu

 Tiga tahap ilmu p/s: aku tak menganuti dan berpegang teguh dengan apa yang ditulis ini, sekadar perkongsian sahaja. Jangan risau. Hanya ulasan buku semata2. -------------------------------------- Pernah ada satu cerita dahulu tentang Datuk Bahaman yang memasak air tanpa api dan syeikh abdul kadir memakan ayam dan menghidupkan ayam tersebut. Selain itu, ada juga cerita Tok Kenali yang berbuka puasa di 6 tempat pada waktu yang sama dan Tok Ku Paloh menjadikan air laut disekelilingnya menjadi air sirap. Jadi ilmu itu terbahagi kepada tiga; 1) Ilmu Qalam Ilmu yang ada pada zaman moden ini yang boleh dikuasai oleh mana2 manusia termasuk kafir,kufur dan murtad. Ilmu ini berdasarkan kajian dan pemikiran semata. Katanya, ilmu ini dahulunya terkenal dikalangan sarjana2 islam kerana mereka tak hanya berpegang kepada ilmu ini semata tp juga bergantung pada ilmu ghaib dan syahadah. 2) Ilmu Ghaib Ilmu ghaib adalah ilmu yang tak mampu difikirkan oleh manusia yang hanya diajar oleh manusia yang ...