Memandang isu rasis menjadi tidak rasis.

 Bapak bersepah gila forum2 anak muda dkt sosial media bercakap tentang masalah rasisme sepanjang PKP. Dalam forum yang aku join, kebanyakan mereka simpulkan,

1) Malaysia tidaklah rasis dibandingkan dengan negara lain yang sampai melibatkan nyawa

2) Malaysia bersifat rasis kerana dari kecil kita tidak belajar memahami antara satu sama lain

3) Malaysia masih baru dan masih tiada identiti.

Untuk poin (1) aku tak bersetuju, bagi aku masalah rasis sudah melibatkan nyawa, Tragedi 13 Mei, Peristiwa kampung medan dan kes arwah adib menjadi bukti rasis di Malaysia melibatkan darah.Cumanya ia berlaku bukan atas sebab penindasan tetapi pecangahan pemahaman antara kaum.

Poin (2) aku merasakan untuk memaksa golongan tidak matang untuk belajar isu rasis adlh sukar. Ilmu itu harus dicari sendiri dan dipelajari sendiri mengikut kehendak masing2. Bermakna, biarkan budak2 tu sendiri belajar sejarah dan budaya bangsa yang ada di Malaysia. Kenapa? mempelajari satu2 budaya tak akan membuatkan kita menjadi harmoni pun. Contoh nak ceritakan kisah Nabi yg melibatkan ghaib kat org bkn islam, kau rasa diorang percaya? Sebab itu diskusi, meletakkan subjek pelajaran budaya mahupun kem2 yang membentuk keharmonian kaum bukanlah satu langkah yang berkesan. Ilmu itu sendiri harus dicari oleh satu2 individu untuk berikan mereka pemahaman tentang satu2 budaya. Kalau dipaksa, mereka akan lebih dendam dan rasa terpaksa memahami budaya org lain.

Poin (3) aku bersetuju. Tetapi mencari identiti tidak ada kena mengena dengan rasisme. Pencarian identiti adalah berfungsi untuk menjadikan suatu bangsa lebih berwawasan tapi tak semestinya penindasan kaum tidak berlaku.

-------------------------------

Erm.. ok my blog start here. huhu

Objektif aku untuk tulis blog ni adalah dengan memberi satu cara untuk kita melihat masalah rasisme di Malaysia supaya menjadi tidak kritikal. Kembali pada point (1). Apa beza masalah rasisma di Malaysia dan luar negara dalam tragedi yang melibatkan darah? Kebanyakan di luar negara rasisma adalah disebabkan penindasan. Sebagai contoh kepada muslim, orang kulit hitam dsbg. Tetapi di Malaysia agak mustahil jika golongan minioritilah (rasis bermaksud penindasan kepada kaum minioriti) yang harus diberikan suara. Ya, aku tak nafikan dengan adanya hak istimewa orang melayu membuatkan orang bukan bumiputera sedikit tertindas dalam beberapa hal. Akan tetapi, kita kena lihat juga siapakah yang lebih cenderung tertindas? bangsa mana yang kurang diberikan peluang dalam pendidikan, kewangan dan dsbg. Jadi, atas sebab apa tragedi berdarah ni berlaku?

1) Pertembungan idea bangsa

Ahli politik adalah cerminan kepada rakyat. Orang selalu mempersoalkan sampai bila ahli politik nak mainkan isu bangsa. Politik menurut aku adalah satu "game of throne" untuk mendapatkan kuasa dengan cara apa sekalipun. Isu bangsa adalah mainan mereka kerana isu itu sendiri menjadi permasalahan rakyat Malaysia. Kita berkongsi cara hidup yang berbeza dengan konsep identiti yang berbeza dimana kita rasa cara kita adalah yang paling ideal kepada Malaysia. Atas sebab itu kita gagal dalam membentuk identiti kita.kerana pertembungan idea tentang konsep bangsa Malaysia

2) Ketakutan diri akan tertindas

Semua manusia akan tertindas dan empatilah yang sentiasa membuat manusia berperang. Jadi kita kena akur bahawa dalam mana2 tempat di muka bumi ini akan sentiasa ada bangsa yang lebih dari yang lain untuk mencapai tujuan yg ideal. Jadi agak tak sesuai kalau kita menolak perkara 153 untuk mulakan apa2 hujah dalam membincangkan hal rasisme. Ianya adalah prinsip negara yang perlu ditelan, jika tidak mahu jangan masuk campur. Namun, ianya perlu diubah mengikut keadaan semasa. Tetapi menolak prinsip ini secara terus menunjukkan yang kita bukanlah nak mencapai keadilan tetapi mahukan dunia yang ikut sedap tekak kita. Kedua, takdir. Takdir memainkan peranan bahawa memang akan ada bangsa yang lebih sedikit dalam satu2 hal daripada bangsa lain. Kita tiada hak untuk mengambil apa2 dari mereka tetapi kita hanya boleh berikan cadangan yang terbaik shj.

3) Ego 

Segala bentuk ego terhadap bangsa lain. Terma "Tak boleh pijak kepala" dan sebagainya. Malas elaborate panjang2. korang sendiri faham.

---------------------------

Jadi, kembali kepada objektif penulisan. Aku merasakan bukan semua masalah rasis adalah benar2 rasis jika kita berjaya buang ketiga2 masalah diatas (mungkin bukan sekadar tiga yang aku nyatakan). Aku mulakan dengan "mandarin speaker only" dan isu poster dalam bahasa cina. Sekali pandang, ya ini isu rasis. Bagi aku selain rasis ini juga adalah isu pilih bulu dan korupsi (kecuali kalau company mmg betul2 perlu pekerja berbahasa mandarin) sebab bangsa bukanlah penentu bahawa seseorang itu bagus ataupun tidak. Isu poster adalah tujuan marketing semata2 dimana aku percaya orang cina mmg suka benda2 ni. Tempat melayu poster melayu, tempat cina poster cina, tempat india poster bahasa ingeris*ehh?*. Jadi sebelum kita katakan ini adalah isu rasis. Mari kita pandang apakah isu sebenar dalam hal ini, Bagi saya, ini adalah isu memartabatkan bahasa melayu dimana kita kena akur ada sesetengah kelompok manusia yang percaya bahasa melayu tiada nilai penting. Ianya benar, dimana2 tempat di Malaysia lebih mengutamakan Bahasa Inggeris. Jadi, isunya adalah kenapa bahasa mandarin menjadi keutamaan pada sesetengah kelompok di Malaysia?. Fikir sendiri.





Kedua, Isu UiTM. Isu yang besar tentang UiTM bukanlah isu rasisme dan isu cukai yang dibayar oleh semua rakyat Malaysia. Ianya tentang hak berpendidikan yg mana sekarang semua oarng berhak menuntut ilmu. Bukan itu sahaja, meritokrasi tak lg dipandang skrg untuk mendapat pendidikan. Jadi adakah wajar untuk kita tidak membuka UiTM kepada semua golongan berpendapatan rendah? Jika dibuka kepada bukan melayu pula mahukah mereka beradaptasi dengan budaya universiti yg penuh sifat kemelayuan dan cuba untuk tidak menukar status quo yg ada? Isu yg bermain tentang hal ini sentiasa berlegar di poin (2). Jika kita dapat selesaikan, tiada masalah jika UiTM dibuka pada bukan bumiputera dan saya pasti UiTM satu hari nanti akan dibuka juga pada bukan bumiputera. Objektifnya juga perlu jelas dan tak lari daripada ego bangsa terhadap bangsa lain (3). 


Kalau kita cakap "Nakkan UiTM terima bukan bumi-, hapuskan sekolah vernakular dahulu". Jelas kedua2 isu ini berlainan. UiTM seperti mana yg disebut diatas, sekolah vernakular diperjuangkan kerana isu ICERD dan pecah dan perintah. Soal pecah dan perintah, aku percaya bukan semua sekolah SJK ada masalah rasis daripada guru dan sebagainya(jika iapun itu hal masalah didalam sekolah yang tak mencerminkan masalah sosial dan negara). Sekolah SK sendiri pun tak mampu membentuk keharmonian bangsa bila setiap bangsa berpuak2. Jadi, bagi aku menghapuskan SJK adalah satu langkah yang tak perlu. Serangan SJK hanya menggunakan mandarin ni tak wajar. Mungkin di sekolah tak lansung digunakan BM tetapi semua perlu tahu di sekolah2 elit belajar sejarah, geografi pun dalam BI. Jadi nak perkasakan bahasa jalankan secara luas. Bukan serang sesetangah kelompok sahaja.



Jelas, menyerang satu2 bangsa secara terus adalah rasis. Walaubagaimanapun, cuba memandang isu ini kepada satu lagi permasalahan rakyat malaysia. Tak jujur, malas fikir dan palatau. Sebelum bangsa india kena, kelantan dah kena dah benda ni. Lagi satu ada rumah sewa yang malay only dimana isu sebenarnya adalah tentang aurat wanita kerana wanita bukan islam tak boleh lihat aurat mereka. Cuba jujur sikit sebab apa tak berikan kepada sesetengah kelompok tanpa memandang satu2 isu. Apa malas sangat lah kau nak tulis panjang2 spesifikasi apa yg kau nak dan sekadar bercakap mengikut pengalaman semata2. Tapi ada satu lg perkara tentang hal ini iaitu pegangan setiap bangsa yang berbeza. Cara menjaga kebersihan kita pun dah berbeza. Bagi aku normal kalau ada sesetengah hal kita terpaksa memberi peluang kepada satu2 bangsa bukan paksa semua bangsa muat didalam satu rumah. Kalau diletakkan spesifikasi yang panjang pun nanti datang golongan palatau yg rasa dia tahu. So.. erm "malay only" room adalah valid tetapi "no indian" adalah tak valid untuk pengusaha rumah sewa lakukan.

----------------------------------------------------------------

Bahagian ketiga ini aku akan terangkan tentang satu metod yang rakyat Malaysia boleh gunakan jika memperdebat sesuatu isu. 

1) Sisihkan terus hujah tentang bangsa

Contoh:

UiTM yang tak dibuka kepada semua bangsa adalah rasis. Setiap bangsa pun bayar cukai. Mana ada universiti yang dibuka berdasarkan bangsa? Nak cakap pasal hak 153 sampai bila nak jadi sempit macam tu? Dimanakah hak berpendidikan rakyat Malaysia.?

Ya, segala yang melibatkan bangsa harus dibuang. Segala prinsip dan undang2 tertulis di perlembagaan persekutuan mahupun kontrak sosial adalah salah untuk dipersoalkan. Undang2 adalah masih2 undang2. Undang2 yang baik akan melahirkan negara yang bagus. Jadi kalau kau persoalkan apa yang tertakluk undang2 sudah jelas menunjukkan kau bercakap ikut sedap tekak kau je tanpa kau fikir pasal org lain.

2) Faham bangsa  lain sebelum persoalkan, jangan palatau

Masalah kita adalah bila kita cakap tentang satu2 isu. Kita macam tahu je kenapa satu2 bangsa tu melakukan satu2 hal. palatau gila. contoh isu culture appropriation, kau kena faham kenapa india jadi sesentive macam tu (contoh je contoh, perempuan tu mmg bebal la sbb dia main sergah macam tu tanpa dia tahu designer tu sendiri adalah india sebenar). Isu culture appropriation ni penting, kita takut bangsa lain tersalah faham tentang satu2 budaya. Ingat, kalau satu bangsa salah tentang bangsa lain adalah kesilapan dan harus ditegur. Jika berdegil kita harus diberi tindakan. Jika bangsa sendiri salah tentang bangsa dia. Itu kebodohan. Jadi, penting untuk kita faham kenapa satu2 bangsa membangkitkan satu2 isu. Bukan main sergah dan acah2 faham kenapa jd mcm tu.

3) Tolak sensitiviti dan akur serta jujur dengan diri sendiri

Aku tahu perkataan pendatang itu adalah rasis. Tapi bangsa lain tetap perlu akur bahawa yang tanah mereka jejak adalah perjuangan titik peluh orang melayu sejak ribuan tahun. Tak cukup dengan tu, berapa banyak bangsa yang dah menjajah orang melayu ni. Jadi konsep barat, timur, selatan mahupun falsafah angkasa sekalipun takkan mampu dijalankan di tanah ini. Segala konsep "pax2" yang ,membawa kepada konsep identiti sebenar Malaysia tetap harus bersandarkan apa yang telah terjadi pada kita. Melayu ni bangsa liberal, liberal gila. Melayu asalnya adalah melayu tapi arab datang kita masukkan ciri2 islam. Bila barat datang kita terima sisi2 barat. Bahkan nak jadi melayu pun tak susah macam negara lain. 

Melayu sendiri harus terima bangsa lain sebagaimana dilakukan tamadun melayu melaka dahulu. kenapa sekarang kita kurang sikap toleransi? aku tahu bangsa mereka terlampau menaikkan darah kita tetapi ada majoriti daripada mereka yang sudah menjadi sebahagian dari keluarga kita sendiri.

Sekain.

Comments