Pendapat tentang bahasa rakyat Malaysia
Bercakap tentang bahasa, aku percaya kebanyakkan negara hanya menggunakan satu bahasa sebagai lambang perpaduan di negara tersebut. Bahasa disini aku tidak hadkan pada bahasa formal semata2, ia boleh jadi bahasa yang dipersetujui kesemua rakyat disesebuah negara untuk digunakan. Aku ambil contoh singapura yang berbangga dengan bahasa singlish mereka. Walaupun mereka sendiri mahir dalam bahasa inggeris dan fasih sedikit dalam bahasa ras masing2. Singlish adalah lambang identiti singapura yang sebenar untuk menunjukkan mereka boleh bersatu padu walaupun ada pelbagai bangsa untuk membuktikan kepelbagaian mereka masih lagi harmoni. Dalam hal perpaduan bangsa melayu cina india, aku rasa singapura jauh lebih kehadapan berbanding Malaysia yang dari dulu lagi gagal untuk memahamkan ketiga2 bangsa ini untuk saling bersatu padu. Dalam hal lain aku melihat indonesia adalah negara yang berjaya mengasimilasikan bangsa didalam negara tersebut untuk menggunakan bahasa indonesia. Namun kita kena sedar...